Balasan Isteri Yang Suka Menyakiti Hati Suami

Apa yang ditulis ini adalah sekadar renungan bersama tanpa menyakiti hati sesiapa.Kita sering dengar cerita suami menyakiti hati isteri tapi apakah Balasan Isteri Yang Suka Menyakiti Hati Suami mereka:


Nabi Muhammad s.a.w.ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj,membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu,antaranya Baginda diperlihatkan dua orang perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya.Mereka itu suka menyakiti hati suami mereka dengan kata-kata mereka.

Antara ciri-ciri isteri yang suka menyakiti hati suami  dan bakal menjadi penghuni neraka :

Kufur Dengan Kebaikan Yang Telah Diberikan Oleh Si Suami

Padahal yang harus dilakukan oleh seorang isteri ialah bersyukur terhadap apa yang diberikan suaminya,janganlah ia mengkufuri kebaikan-kebaikan si suami karena Allah tidak akan melihat isteri seperti ini.

Derhaka Terhadap Suami Antaranya
  • Seorang isteri yang biasanya bercakap dan bersikap baik kepada suaminya serta segera memenuhi panggilannya,tiba-tiba berubah sikap dengan berbicara kasar dan tidak segera memenuhi panggilan suaminya.
  • Apabila seorang isteri membicarakan perbuatan suami yang tidak ia sukai kepada teman-teman atau keluarganya tanpa sebab yang diperbolehkan syar’i.Atau ia menuduh suaminya dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas sehingga nama suaminya tercalar di mata orang lain.
  • Permintaan cerai biasanya bermula dengan pertengkaran antara suami dan isteri karena ketidakpuasan si isteri terhadap kebaikan dan usaha si suami dalam keluarga.
  • Seorang isteri tidak mau melayani keinginan seksual suaminya atau bermuka masam ketika melayaninya atau menjauhkan diri dari suami ketika hendak disentuh dan dicium atau menutup pintu ketika suami hendak mendatanginya.
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:“Aku lihat api neraka,tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini,kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya.Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.Rasullullah S.A.W ditanya:“Mengapa demikian ya Rasulullah ?”Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya.Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” (Riwayat al-Bukhari)
“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita”Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka:“Mengapa terjadi demikian,adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab:“Tidak,mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” (Riwayat Muslim)
Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau balasan isteri yang suka menyakiti hati suami yang akan diterima di akhirat nanti.Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua,khususnya kaum isteri.         

19 ulasan:

  1. Isteri saya pun suka meninggi suara

    BalasPadam
    Balasan
    1. Isteri saya pung, selalu menyakiti hati saya guna lidah sehingga ke tahap melampau, cara saya untuk pertahankan diri saya ialah tidak membalas balik kerana tak mau kecoh2, dan dlm masa yg sama saya berdoa agar dia dimasukkan dam neraka, itu sahaja terapi yg menubati hati terluka

      Padam
  2. Isteri saya pun suka meninggi suara

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar n redha semuga terbuka hati mereka dan Sedar kesalahan mereka ....

      Padam
  3. Isteri saya selalu sakiti hati saya.. Suami yg menderita

    BalasPadam
  4. bersabar la kawan semua tu trbaik untuk kalian..

    BalasPadam
  5. Isteri saya sekarang lebih kan kawan2 dari saya...bila saya tegur pasti ada perbalahan

    BalasPadam
  6. Saya ada masalah.. Saya baru berkahwin selama 7bulan.. Saya dan isteri kerap kali bertengkar.. Bertengkar utk hal2 yg kecil.. Saya sungguh buntu.. Saya slalu dimarahi isteri saya.. Saya & isteri sebaya.. Apakah yg perlu saya buat? Penah isteri saya minta utk brpisah tp saya buat2 tak dengar sbb saya sayang hubungan saya & isteri.. Saya buntu.. :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun post Tuan ni dah lama.. saya harap Tuan dapat cari penyelesaian yang aman. Tuan boleh rujuk ke pejabat agama berdekatan untuk dapatkan khidmat kaunseling secara percuma

      Padam
    2. As’salam.. cari puncanya dan selesaikan.

      Padam
  7. Istri saya selalu menyakiti perasaan saya.
    Terkadang kalo tiap kali ribut, saya lebih baik diam saja dan mengalah.
    Alasan saya begitu karena malas ribut-ribut.
    Dan setiap saat saya bertengkar dengan istri, saya selalu berfikir apakah saya sebagai suami telah gagal untuk membimbing istri saya?
    Dan bahkan suatu ketika saya pernah menitikan air mata saking sakitnya perasaan saya ini.
    Apa yg mesti saya lakukan dan perbuat??

    BalasPadam
  8. Mcm mana pulak kalau suami lebihkan kawan dari isteri. Abaikan perasaan isteri, jauhkan diri dari isteri jika ada yg tidak puas hati tanpa beritahu/menegur isteri. Apabila isteri bertanya ada yg tak kne ke.. Suami diam membisu..abaikan keperluan Isteri..isteri stress sampai satu tahap tertinggi suara, dah tak boleh nak tahan perasan. Suami dgn mudah menghalau isteri dari rumah dan menceraikan isteri. Atas alasan isteri tidak hormat pada suami. Adakah isteri tergolong dlm golongan isteri derhaka?

    BalasPadam
  9. Sedangkan lidah lagi tergigit,, apa pula suami isteri.. buang yg keruh ambil yg jernih baru teguh peribadi

    BalasPadam
  10. Tak payah nak komen byk2....mmg pun ramai perempuan masuk neraka...tu fakta...tak kan nabi berbohong...jadi peringatan buat perempuan jugak

    BalasPadam