Menjelang Bajet 2016, antara aspek yang bakal menjadi tumpuan adalah rumah mampu milik.
Rakyat Malaysia, khususnya golongan belia di negara ini sering menyuarakan kebimbangan mereka tentang kemampuan memiliki rumah yang dikatakan seiring dengan keperluan asas sesudah mereka bekerjaya, dan seterusnya berumah tangga.
Dalam tinjauan yang dilakukan oleh Astro AWANI, rata-rata pengguna media sosial merasakan harga rumah di Malaysia sangat tinggi dan tidak mampu dimiliki.
Netizen juga merasakan bahawa rumah mampu milik sukar dicari.
Malah, menurut mereka, gaji graduan yang 'terlalu rendah' dan harga rumah yang semakin meningkat menyebabkan ia sukar untuk dimiliki pada usia yang muda.
“Fresh graduates gaji RM2,500. Rumah kawasan KL RM250K and above. Housing loan dan untuk private sector hanya 90%...perlu cari lagi 10% dan duit untuk membayar legal fee. Berapa lama lagi kami nak menyimpan? 3,4 tahun?" soal seorang pengguna Facebook bernama Muhammad Nuranis Suhaimi.
Sementara itu, ada yang menyatakan bahawa syarat yang ditetapkan oleh pihak bank menyukarkan golongan muda mendapatkan pinjaman, sekali gus menjadi penghalang untuk mereka memiliki rumah.
Menurut mereka, syarat pinjaman rumah yang keterlaluan menyebabkan golongan belia lebih gemar membeli kereta daripada rumah.
Netizen turut menyatakan bahawa wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak membantu mereka dalam memiliki rumah pertama.
Bagi Sheila Shakiri, meskipun duit simpanan KWSP boleh digunakan untuk membayar deposit rumah, namun kata harga rumah naik lebih pantas berbanding gaji mereka.
“Setiap bulan duit KWSP bertambah, akan tetapi harga rumah terus meningkat menyebabkan kita masih menunggu simpanan KWSP untuk mencapai tahap mampu bayar deposit,” katanya.
Selain itu, ada juga yang menggesa kerajaan memperbanyakkan rumah mampu milik dan menghentikan projek perumahan mewah agar semua golongan diberi peluang untuk memiliki rumah.
Ikuti liputan khas Bajet 2016 mulai jam 3 petang Jumaat, 23 Oktober di Astro Awani saluran 501. Dapatkan semua berita dan video #Bajet2016 di sini.
Kohilah Sekaran
Mon Oct 05 2015
Golongan belia merasakan gaji graduan yang 'terlalu rendah' dan harga rumah yang semakin meningkat menyebabkan ia sukar untuk dimiliki pada usia yang muda.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
'Langkah proaktif selamat negara dari krisis ekonomi dunia' - Najib
Langkah proaktif Kerajaan dalam menangani krisis ekonomi dunia memberi kesan positif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
607,842 peminjam tidak pernah bayar PTPTN
Sejumlah 607,842 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) didapati gagal membuat sebarang bayaran balik pinjaman tersebut.
Moody's: Malaysia kekalkan pengukuhan fiskal dalam Bajet 2016
Bajet 2016 yang dibentangkan Malaysia mengekalkan aliran pengukuhan fiskal kredit positif, menurut Moody's Investors Service.
Bajet 2016 tidak mampu pulihkan nilai ringgit - DAP
Lim Guan Eng berkata Bajet 2016 tidak menyenaraikan langkah-langkah terbaik untuk memulihkan kembali ringgit.
Bajet dikurangkan bukan halangan jadi kreatif
Naib Canselor UUM berkata bagi menambahkan pendapatan, pihaknya akan beri tumpuan kepada usaha mengkomersialkan produk teknologi dan inovasi
Tiada dalam Bajet 2016 tidak bermakna projek batal - Mukhriz
Datuk Seri Mukhriz berkata segala proses berkaitan KXP telah dibincangkan di peringkat EPU untuk langkah seterusnya.
IPTA Awam digesa cari dana sendiri - Idris Jusoh
Datuk Seri Idris Jusoh berkata IPTA Malaysia terlalu bergantung kepada sumber dana kerajaan berbanding pusat pengajian di luar negara.
'Peruntukan kepada Sarawak perlu diurus tanpa halangan birokrasi kurang cekap'
Peruntukan sebanyak RM29.2 bilion kepada Sarawak dan Sabah dalam Bajet 2016 perlu diurus dengan bijak dan efektif tanpa halangan birokrasi yang kurang cekap,kata Pengerusi Kelab Penyokong BN Sarawak.
Kerajaan terus prihatin keperluan masyarakat India - Ahmad Zahid
Kerajaan akan terus prihatin terhadap keperluan masyarakat India khususnya dalam bidang pendidikan dan perniagaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Fokus Bajet 2016 untungkan rakyat Sabah dan Sarawak - Adenan Satem
Peruntukan besar dalam Bajet 2016 untuk Sarawak dan Sabah dilihat memberi keuntungan kepada rakyat dan negeri berkenaan, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.