Khamis, Julai 02, 2015

Restoran Munif Hijjaz D'Greenwood

Assalammualaikum dan salam Ramadhan
Akak sekeluarga pergi ke Restoran Munif Hijjaz sebelum bulan puasa, restoran ni tak jauh dari rumah akak di Sentul.  Ashik lalu ajer tapi tak pernah nak singgah sejak dari masa Fauziah Ahmad Daud masih ada kat situ.
Makanan yang di sediakan ada stail arab dan stail masakan melayu.  Akak order kebab yang di makan dengan roti.  Selain itu ada gak Nasi Arab, Bihun Basah dan bermacam aneka juadah lagi.
Suami akak kata nasi goreng kampung dan ayam goreng halia ni sedap..akak pun merasa gak sedikit.
!
Anak pulak layan western..lamb chop.  Harga yang di kenakan memang berbaloi dengan rasanya.  Kalau nasib baik boleh jumpa dengan Munif Hijjaz.

Address: Jalan Batu Caves, Selangor, Malaysia

2 ulasan: