Saya Dimarahi Kerana Set Jeragat AAD

Posted on Updated on

set-aad-400
Set AAD di dalam botol baru yang lebih cantik dan mudah untuk mengambil remedi setiap hari

Tak pasal-pasal saya kena marah!!, sedih juga tau. Kalau anda rasa gembira apabila dimarahi,  mesti saraf sedih anda bermasalah yang serius. 2 hari lepas saya dimarahi oleh seorang cikgu yang telah berhabis duit membeli produk kosmetik keluaran syarikat ternama tetapi selepas saya mencadangkan set AAD beliau naik berang kerana kesan AAD lebih “power” dari produk keluaran syarikat ternama. Beliau rasa sangat terkilan dan bengang kerana lambat menghubungi saya!!.

Kos set AAD sangat murah kata cikgu tersebut berbanding produk-produk kosmetik yang dijual dipasaran. Set AAD pula tahan lebih dari 40 hari. Maka beliau sangat marah kerana tidak terbaca mengenai set AAD di internet sewaktu mencari-cari produk untuk menghapus jeragat yang mula menebal di wajahnya. Bagaimana beliau tak marah kerana beliau baru terbaca artikel mengenai Ubat Ajaib Hapuskan Jeragat ,  set AAD mengambil masa hanya 2 minggu untuk memudarkan jeragat yang menebal sebanyak 60%. 

arn-30-drop

Kebetulan cikgu tersebut mengalami kemalangan di bilik air yang mengakibatkan kecederaan yang agak serius dan teringat mengenai khasiat Arnica 30 yang sangat “power” untuk saraf. Beliau telah mencubanya dan ternyata Arnica 30 sangat mujarab untuk melegakan kesan kecederaan akibat jatuh. Di bawah ialah screenshot dari cikgu tersebut;

testi-set-aad

Dengan izin Allah Arnica 30, Ashwagandha 30 dan Damiana 30 telah berjaya meringankan kesakitan yang agak serius selepas terjatuh didalam tandas. Remedi homeopathy seperti yang diceritakan sebelum ini, tenyata dan terbukti bukan hanya merawat jeragat tetapi berjaya menjadikan sistem tubuh menjadi lebih kuat dan sihat. Cikgu tersebut telah memesan set AADF yang mengandungi Fragaria vesca 30 selepas itu. Saya mencadangkan pengambilan Fragaria vesca 30 untuk mempercepatkan proses menghapus keseluruhan jeragat yang berbaki 40% di muka beliau.

Fragaria vesca di dalam botol lama
Fragaria vesca di dalam botol lama

Manfaat Remedi Hebat

4 Remedi Hebat Untuk Hapus Jeragat

Ashwagandha Q Drop, Damiana Q Drop, Arnica 30 dan Fragaria vesca 30

  • Set AAD
  • Set AADF

Jika dahulu pada awalnya, Sepia 200 amat hebat menjadi remedi utama untuk menghapus jeragat, kini terdapat 3 (set AAD) atau 4 (Set AADF) gabungan remedi cecair untuk diminum. Remedi tersebut ialah Ashwagandha Q Drop, Damiana Q Drop, Arnica 30 dan Fragaria vesca 30. Gabungan set AAD terdiri dari Ashwagandha Q, Arnica 30 dan Damiana Q Drop, sementara gabungan 4 remedi AADF, Ashwagandha Q, Arnica 30 dan Damiana Q Drop dan Fragaria vesca 30.

20160224_124012

Fragaria vesca 30 dan Arnica 30 adalah “homeopathic trituration” atau secara mudahnya mengguna kaedah dos yang sangat kecil dan tidak mempunyai rasa manis atau pahit. Ashwagandha Q Drop dan Damiana Q Drop adalah persediaan dari ekstrak tumbuhan tersebut atau disebut homeobotanical, mempunyai rasa sedikit pahit.

Kesemua remedi ini adalah 100% bahan natural homeopathy tanpa tambahan bahan-bahan lain. Oleh itu remedi-remedi ini perlulah disimpan ditempat yang jauh dari kanak-kanak dan sinaran matahari. Walaupun remedi homeopathy tidak mempunyai kesan sampingan atau boleh membawa maut tetapi remedi-remedi ini perlu disimpan ditempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak sebagai langkah berjaga-jaga.

Secara amnya Ashwagandha Q Drop dan  Damiana Q Drop berkesan untuk merawat masalah jeragat yang berkaitan hormon, seperti pernah mengambil pil perancang, pil penganti hormon (HRT), gangguan hormon sewaktu pra-menopause dan sewaktu menopause.

Arnica 30 adalah remedi pelbagai guna, yang sering digunakan untuk pelbagai masalah kecederaan seperti luka, lebam dan bengkak. Walaubagaimana pun Arnica 30 remedi homeopathy mempunyai pelbagai manfaat untuk masalah kesihatan tubuh yang biasanya akan dialami oleh wanita yang mula mencecah umur 45 tahun ke atas, masalah seperti;

  • Jeragat akibat hormon tidak stabil
  • Mengawal darah tinggi
  • Mengawal glukos bagi pesakit kencing manis.
  • Selulit
  • Kolesterol
  • Jerawat

Ashwagandha Q Drop dan Damiana Q Drop sejenis remedi di dalam bentuk cecair, di dalam kategori homeobotanical iaitu herba berasaskan konsep homeopathy. Kedua-dua remedi ini juga sangat-sangat membantu sebagai suplemen kepada gadis dan wanita muda yang kerap diserang senggugut dan kitaran haid yang tidak teratur.

Ashwagandha dan Damiana adalah herba purba dan Di Eropah menyifatkan Ashwagandha sebagai “Testosterone Booster”. Fakta ini bukan cerita dari lagenda tetapi ia adalah fakta yang dikaji oleh saintis. Mari kita lihat fakta bukan hanya auta semata-mata;

Ashwagandha adalah adoptogen, yang akan mengurangkan stress, ketakutan tanpa sebab, kenyakinan diri dan mengawal hormon stress (hormon stress cortisol). Beberapa kajian lain juga menunjukkan Ashwagandha telah berjaya menambah baik paras testosterone yang menjadikan seorang wanita atau lelaki itu lebih subur.

Ashwagandha juga sangat bermanfaat kepada kesihatan jantung, dengan mengurangkan keradangan serum triglycerides, dan meningkat paras HDL-cholesterol “baik”. Kajian terbaru juga menunjukkan Ashwagandha juga mampu menguatkan otot-otot.

Fakta kajian menunjukkan Ashwagandha dan Damiana adalah adoptogen yang “solid”, mempunyai pelbagai kebaikkan terhadap manusia terutama berkaitan hormon testosterone. Ini ialah kerana Ashwagandha akan membantu seseorang itu tidur dengan lebih berkualiti, mengurangkan hormon stress iaitu cortisol, meningkat paras HDL-cholesterol “baik” dan mengurangkan kekejangngan atau keradangan, kesemua ini akan membantu mempertingaktkan paras hormon testosterone ke paras yang sangat baik.

Damiana sangat berkesan untuk menstabilkan sistem hormon sewaktu menopause, mengurangkan rasa panas ke muka (hot flashes), dan membantu menjadikan kitaran haid yang normal bagi gadis-gadis muda.

Khasiat Fragaria Vesca 30, secara ringkasnya khasiat kebaikan Fragaria ialah;

1. Mencerahkan kulit tanpa mengguna sabun atau krim (kesan terbaik selepas 3 bulan). Selepas 3 bulan wajah anda akan lebih cerah dan bercahaya.

Remedi homeopathy merawat keseluruhan tubuh, bukan hanya untuk dimuka. oleh itu khasiat Fragaria juga untuk ;

2. Mampu merawat masalah gigi, gusi dan mulut yang bermasalah. Membuang tar dan mencerahkan gigi.

3. Menghalang pembentukan batu karang di hempedu, buah pinggang dan disaluran kencing

4. Mampu mengatasi beberapa masalah kulit lain juga seperti akibat alergik

Secara ringkasnya remedi-remedi ini sangat selamat dan bermanfaat kepada tubuh wanita yang sangat komplek.

Nota : Damiana juga kadang-kadang disebut sebagai Tunera dan Aswagandha kadang-kadang di sebut sebagai Indian Ginseng.

Leave a comment