Malaysia gagal dapatkan kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB


MALAYSIA tewas kepada Afghanistan, Nepal, Pakistan dan Qatar dalam cubaan untuk menduduki satu daripada 15 kerusi dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ini merupakan tempoh kedua berturut-turut Qatar selepas memenang undian semula.

Menurut kenyataan PBB, undian Perhimpunan Agung dibuat oleh undian rahsia dalam kalangan 193 negara. 

“Ahli yang baru dipilih untuk Majlis Hak Asasi Manusia Geneva adalah Afghanistan, Angola, Australia, Chile, Republik Demokratik Kongo, Mexico, Nepal, Nigeria, Pakistan, Peru, Qatar, Senegal, Slovakia, Sepanyol dan Ukraine.

“Kesemua negara akan berkhidmat dalam tempoh tiga tahun bermula 1 Januari, 2018 sehingga 2020.”

Ini merupakan kali ketiga Malaysia membida kerusi untuk Majlis Hak Asasi Manusia selepas tewas pada 2006-2009 dan 2010-2013. Malaysia menerima 129 undi.

Malaysia merupakan satu-satunya negara yang tewas daripada 16 negara yang bersaing untuk 15 kerusi selepas Maldives menarik diri.

PBB berkata, 15 ahli baharu dipilih berdasarkan kuota untuk empat kerusi setiap satu untuk Afrika dan kawasan Asia Pasifik, tiga kerusi untuk Amerika Latin dan negeri Caribbean, dua untuk negara timur Eropah dan dua untuk barat Eropah dan negara lain.

“Kerusi majlis itu turut diperuntukkan kepada lima kumpulan serantau. Negara Afrika, 13 kerusi, negara Asia Pasifik 13 kerusi negara Eropah Timur, enam kerusi dan negara Amerika Latin dan Caribbean, lapan kerusi dan Barat Eropah dan negara lain, tujuh kerusi.”

Ahli majlis yang berkhidmat dalam tempoh tiga tahun dan tidak layak untuk undian segera semula selepas berkhidmat dua tahun berturut-turut.

Diilhamkan pada Perhimpunan Agung PBB pada 2006, 47 ahli majlis bertanggungjawab memperkasakan promosi dan perlindungan hak asasi manusia di seluruh dunia dan mengetengahkan situasi pelanggaran hak asasi manusia dan memberikan cadangan kepada mereka.

Dalam kalangan lima negara yang bersaing untuk mendapatkan kerusi Majlis Hak Asasi Manusia yang diperuntukkan kepada Asia Pasifik, Malaysia berada di tangga kedua ranking kebebasan.

Menurut laporan Freedom House 2017, Malaysia mencatatkan 44/100 dala indeks kebebasan manakala Nepal mendapat 52/100, Pakistan 43/100, Qatar 26/100 dan Afghanistan 24/100. (0 adalah kurang dan 100 adalah rating oaing tinggi kebebasan).

Laporan tahunan itu meletakkan penarafan sesebuah negara berpandukan keadaan hak politik dan kebebasan awam. – 18 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen