Rupanya Waktu Bekerja Bagi Pekerja Malaysia Adalah Yang Paling Panjang Berbanding 3 Negara Ni!
# Trending Semasa

Rupanya Waktu Bekerja Bagi Pekerja Malaysia Adalah Yang Paling Panjang Berbanding 3 Negara Ni!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Nov 15, 2017
pada 1:11 AM

Kalau dilihat secara logik, tak mungkinlah waktu kerja pekerja di Malaysia lebih lama kalau nak dibandingkan dengan Singapura dan Hong Kong. Tapi lepas tengok keputusan survey yang dibuat, macam tak percaya pulak! Berdasarkan surver yang dijalankan oleh AIA Vitality, rakyat Malaysia bekerja dalam purata lebih 15 jam daripada tempoh waktu kontrak setiap minggu berbanding dengan pekerja di Singapura, Hong Kong dan Australia. 

Bukan tu je, korang akan lebih terkejut lagi bila melihat 5 fakta lain mengenai pekerja di Malaysia berdasarkan kajian tersebut. Mesti korang tak sangka!

1. Kebanyakan syarikat di Malaysia merupakan kedua tertinggi di mana setiap pekerja mempunyai jumlah hari tak bekerja selama 67 hari setiap tahun disebabkan oleh ketidakhadiran. Ini menyebabkan syarikat terpaksa menanggung kira-kira RM2.7 juta setiap tahun! Banyak tu!

 

via GIPHY

 

2. Ada pekerja yang tetap datang kerja walaupun tak sihat. Ini disebabkan oleh tuntutan kerja, kerja menimbun, overtime dan sebagainya. Banyak kehendak kerja yang terpaksa diutamakan terlebih dulu sampaikan kesihatan diri terpaksa diabaikan. Kesian...

 

3. 64% pekerja Malaysia melakukan aktiviti fizikal setiap minggu kurang daripada 150 minit berbanding Singapura dan Hong Kong. Disebabkan itulah sebanyak 12.5 pekerja Malaysia yang mengalami masalah kegemukan! Menakutkan betul!

 

 

4. Malaysia menunjukkan peratusan tertinggi sebanyak 56% pekerja tidur kurang daripada 7 jam saja setiap malam. Bahaya weh kalau tak cukup tidur. Boleh melarat-larat kepada penyakit-penyakit yang lain tau. 

 

 

5. 18% daripada pekerja Malaysia melaporkan yang mereka terdedah dengan buli di tempat kerja. 4% daripada mereka selalu dan kerap dibuli manakala 12% daripadanya mengalami tahap depresi yang tinggi.